Monday, December 22, 2008

Pelan Takaful

TAKAFUL MESRA

Satu pelan fleksibel yang menawarkan perlindungan dengan elemen simpanan. Dari tahun keempat perlindungan dan seterusnya, nisbah pengendalian adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75 %.

*Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh


*Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi


*Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila kontrak meningkat


TAKAFUL SARJANA

Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan penyediaan tabung pendidikan kanak-kanak beserta perlindungan yang komprehensif bagi kedua-dua anak dan pembayar untuk jangkamasa pertengahan dan panjang.

*Manfaat Asas dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh kepada peserta (Anak).

*Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi.

*Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila kontrak meningkat.


TAKAFUL PRIMA

Satu pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan semasa, pendidikan, umrah dan ziarah, melancung, pelaburan dan sebagainya.

*Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.

*Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran

*Manfaat Survival - Setiap 3 tahun bermula dari ahir tahun ketiga kontrak, 10 % dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4 %.

*Atas apa juga sebab, sekiranya tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'Peruntukan bukan lucut hak' untuk meneruskan penyertaan


TAKAFUL WARISAN

TN Warisan merupakan skim takaful yang memberikan faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.

*Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.

*Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta

*Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000

*Sekirnya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran

No comments:

Post a Comment