Monday, January 26, 2009

INSURANS BUKAN SIMPANAN BANK.

Saya faham, kebanyakan orang gemar membeli insurans berbentuk pelan simpanan kerana beranggapan pelan bayaran hangus merugikan.

Tetapi masalahnya, ramai orang yang tidak faham, walaupun berbentuk pelan simpanan, insurans hayat bukan seperti akaun bank yang simpanannya anda boleh keluarkan sesuka hati. Hari ini mencarum RM 100.00 sebulan selepas tiga bulan anda hendak keluarkan RM 300.00 pula.

Apa yang anda perlu tahu ialah, kesemua faedah kewangan yang diberikan dalam pelan insurans anda tidak diberikan secara percuma. Setiap faedah kewangan yang diberikan, ada cas tertentu yang dikenakan seperti cas khidmat agensi, cas pengurusan, cas perlindungan asas (basic) dan cas perlindungan tambahan (rider).

Sebab itulah, jika anda menamatkan pelan insurans anda sebelum tempoh matang, anda tidak akan mendapat seula jumlah keseluruhan yang telah anda bayar kerana wujudnya cas-cas tersebut. Untuk mendapatkan semula apa yang telah anda bayar, anda perlu mencarum sehingga tamat tempoh matang atau sekurang-kurangnya 20 tahun dan keatas, bagi sesetengah produk insurans.


Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

No comments:

Post a Comment