Monday, January 26, 2009

INSURANS BUKAN SIMPANAN BANK.

Saya faham, kebanyakan orang gemar membeli insurans berbentuk pelan simpanan kerana beranggapan pelan bayaran hangus merugikan.

Tetapi masalahnya, ramai orang yang tidak faham, walaupun berbentuk pelan simpanan, insurans hayat bukan seperti akaun bank yang simpanannya anda boleh keluarkan sesuka hati. Hari ini mencarum RM 100.00 sebulan selepas tiga bulan anda hendak keluarkan RM 300.00 pula.

Apa yang anda perlu tahu ialah, kesemua faedah kewangan yang diberikan dalam pelan insurans anda tidak diberikan secara percuma. Setiap faedah kewangan yang diberikan, ada cas tertentu yang dikenakan seperti cas khidmat agensi, cas pengurusan, cas perlindungan asas (basic) dan cas perlindungan tambahan (rider).

Sebab itulah, jika anda menamatkan pelan insurans anda sebelum tempoh matang, anda tidak akan mendapat seula jumlah keseluruhan yang telah anda bayar kerana wujudnya cas-cas tersebut. Untuk mendapatkan semula apa yang telah anda bayar, anda perlu mencarum sehingga tamat tempoh matang atau sekurang-kurangnya 20 tahun dan keatas, bagi sesetengah produk insurans.


Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

INSURAN BUKAN UNTUK MENGHASILKAN KEUNTUNGAN

Ramai orang menyangka,apabila membeli insuran ini, kita hanya mendapatkan keuntungan kalau dapat pampasan insurans dan jika tidak berlaku apa-apa, kita akan mengalami kerugian pula. Faktor untung rugi ini sering mempengaruhi keputusan pembelian insurans. Apa yang perlu tahu insurans direka bukan untuk menghasilkan keuntungan sebaliknya untuk menutup kerugian dari segi kewangan akibat sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, insurans berfungsi untuk mengembalikan keadaan kewangan anda kepada keadaan yang tidak rugi sepenuhnya (neutral).

Sebagai contoh, anda membeli insurans perubatan yang melindungi kos perubatan anak sehingga had RM50,000.00. Apabila anak di rawat di hospital dan kos perubatannya memakan belanja RM 15,000.00 anda mungkin terpaksa menebus simpanan sedia ada, atau menjual harta benda. Jika tidak berduit anda terpaksa berhutang pula. Bukankah ini merugikan kewangan anda?

Dengan adanya insurans perubatan, ia akan membiayai kos perubatan jumlah RM 15,000.00 tersebut kerana kerugian yang anda alami hanyalah setakat itu sahaja. Syarikat insurans tidak memberi anda RM 50,000.00 sekali gus, kerana ini akan memberi anda keuntungan pula.

Begitu jugalah keadaannya jika anda memiliki dua polisi insurans perubatan dari dua syarikat berlainan. Anda bukan dapat menuntut RM 15,000.00 dari setiap syarikat insurans, sebaliknya kos perubatan RM 15,000.00 tersebut akan dikongsi bersama-sama kedua-dua syarikat insurans.

Bagaimana pun bagi faedah-faedah asas seperti faedah kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal, ia akan dibayar sepenuhnya mengikut bilangan polisi insurans yang anda miliki. Ini kerana kerugian yang anda alami, diukur dari segi kehilangan sumber pendapatan yang tidak terhad sepanjang kehidupan anda.


Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

Wednesday, January 14, 2009

Pelan Jaminan Kewangan

eTiQa Takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah;

  • Tabung Khairat Kematian
  • Elaun Harian Hospital
  • Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia)
  • Pampasan 35 Penyakit Kritikal
  • Perlindungan Percuma Setelah Peserta Di sahkan Mengidap Penyakit Kritikal
  • Tabung Pendidikan Anak
  • Simpanan Untuk Persaraan
  • Jaminan Haji dan Umrah
  • Tabung Kecemasan

Kemudahan lain yang bakal anda perolehi;

  • Kemudahan Pengeluaran Tahunan tanpa RIBA
  • Perlepasan Cukai Pendapatan
  • Zakat di bayar Sepanjang Tempoh Simpanan
  • Amal Jariah
  • Muamalat Islam

Thursday, January 1, 2009

Konsep Asas Takaful

  • Tabarru'

*Membuat Kebajikan

*Membuat Derma Bersyarat

*Mengurnia Dengan Redha

  • Al-Mudharabah

*Perkongsian Keuntungan Para Peserta Dan TNSB

*Nilai Berdasarkan Nisbah Yang Ditentukan

*Nisbah Pembahagian Bergantung Kepada Aqad Yang Di buat

Ciri-Ciri Takaful

  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru'
  • Pelaburan Halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada Unsur Riba
  • Tiada Unsur Maisir
  • Tiada Unsur Gharar
  • Perkongsian Keuntungan

Pengertian Takaful

"Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan Bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu"